Senin, 07 Mei 2012

Cara Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template

Introducing the Blogger Template Designer



Cara Paling Mudah Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template Designer.

Salam-salam semua,hari ni aku nak kongsi dengan korang bagaimana cara paling mudah untuk buat horizontal tab menu bar untuk The Blogger Template Designer.Untuk pengetahuan masa aku jumpa template baru ni,memang happy giler.Mana taknya,The Blogger Template Designer ni kira satu dimensi baru dalam dunia template.
Segala macam pembaharuan ada pada The Blogger Template Designer ni.Cuma masalahnya template ni tidak menyediakan tab menu bar nya sendiri,maknanya kita terpaksa design sendiri semua tu.Walaupun begitu,kehebatannya tak dapat aku sangkalkan.Nak tau lebih lanjut kehebatan The Blogger Template Designer ni korang boleh tengok video kat  bawah ni. 



Amacam? gempak tak? hehe :D.Untuk keterangan lanjut dan untuk download The Blogger Template Designer  ni sila klik sini.
Jadi sebagai seorang yang baru  sebulan setahun jagung dalam edit mengedit template ni,adalah menjadi satu masalah besar untuk aku buat sendiri tab menubar ni.Walaupun korang ubah di template script kod-kod yang sepatutnya,tab menu bar korang tetap takkan muncul,Aku pun pelik jugak mula-mula.
Tapi disebabkan minat punya pasal,aku usahakan jugak supaya dapat design tab menubar untuk template aku ni.Hampir 18jam aku habiskan masa untuk selesaikan masalah ni,Habis aku rayau seluruh pelusuk internet semata-mata nak siapkan jugak benda ni.Akhirnya aku dapat jugak satu cara untuk buat tab menubar ni.Idea ni aku dapat dari template classic dan aku ubah suai sikit dan Alhamdulillah akhirnya menjadi jugak.:-)
Memang ada blog-blog yang ada sediakan tutorial untuk memasang tab menubar ni,masalahnya kod HTML yang diberikan tidak sama dan tidak akan korang jumpa dalam template script The Blogger Template Designer ni.Ok jom aku kongsikan dengan korang cara paling mudah yang aku dah jumpa untuk buat semua ni.Tapi untuk entry kali ni aku cuma terangkan untuk buat basic tab menu bar je dulu ok.Cara ni senang je sebenarnya,tapi disebabkan banyak aku tengok blogger baru yang guna The Blogger Template Designer ni masih tidak dapat cara nak buat tab menu bar di blog masing-masing.Jadi tak salah rasanya kalau aku kongsikan dengan korang cara nak buat tab menu bar ni.

Jika korang hanya perlukan Home Button dan page yg 'simple' seperti About me dan Contact,caranya mudah saja.Klik Posting-Edit Page dan Klik new page.Yang aku maksudkan dengan 'simple' maknanya page korang hanya berkait pada blog sahaja tidak boleh di link kan kepada mana-mana URL.Ok untuk memudahkan korang memahami langkah-langkah buat tab menu bar ni,aku sediakan sekali gambar  langkah demi langkah untuk membuatnya.Korang boleh rujuk pada gambar-gambar di bawah ini.
 
Cara Paling Mudah Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template Designer.

Ini adalah template yang baru siap,jika korang perhatikan ,tiada tab menu bar di bawah header (blog title)
 
Cara Paling Mudah Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template Designer.
 


Langkah 1,pergi ke dashboard,klik posting dan kemudian klik edit page.
 
Cara Paling Mudah Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template Designer.
 




Langkah 2- klik new page.

 
 
 



Langkah 3-masukkan tajuk page,dan apa cerita yang korang nak dlm page korang,dan klik publish page.


Cara Paling Mudah Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template Designer.




Langkah 4-Selepas korang klik publish page,
klik Blog tab,kemudian klik save and publish.
 

Cara Paling Mudah Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template Designer.
Selepas itu,klik view blog.Sekarang korang akan nampak horizontal tab menu bar korang yang baru seperti gambar di atas ni.Pada tanda anak panah tu,adalah page yang korang dah buat tadi,dan sebelah kiri page tu adalah button home korang,Button home ni secara auto akan ada pada tab menu bar korang nanti.Selesai.:-)

Aku harap korang dapat faham cara aku ‘kongsi’ dan menyampaikan tutorial ni,aku suka guna perkataan ‘kongsi’ je,pasal belum layak untuk aku guna perkataan ‘ajar’,Pasal aku pun baru lagi dalam buat benda-benda ni.Nak tau berapa lama aku dalam dunia blogging ni,korang baca post ni.Untuk entry akan datang Insyallah aku akan kongsi ngan korang cara untuk buat tab menu bar yang lebih customize sikit,contoh  macam kat tab menu bar aku kat atas tu.Korang boleh letak mana-mana link yang korang nak.Facebook page ke,Youtube ke,atau boleh masukkan link blog korang terus kalau korang ada lebih dari 1 blog.
Ok sampai sini saja untuk kali ni.Kalau ada apa-apa pertanyaan korang komen je kat bawah ok.Yang mana aku boleh tolong,aku akan tolong.
Semoga berjaya.:-)
Salam.

0 komentar:

Posting Komentar